cerpen kau tak layak mengandung anak aku
Dalamkondisi tanpa ayah dan ibu, Rina harus tetap kuat mengurus neneknya, Mbah Sanem yang pikun, hingga adiknya, Dimas yang alami disabilitas intelektual. "Kadang-kadang ya kayak, ya Allah, kenapa merasa stres sendiri, merasa bingung gitu. Kenapa ya aku kok gak kayak yang lain gitu, diurusin sama orangtua gitu.
Baca Daftar Lirik Lagu Rohani Ucapan Syukur. 12. Meski Tak Layak Diriku. Meski Tak Layak Diriku, Tetapi Kar’na Darahmu. Dan Kar’na Kau Memanggilku, ‘ku Datang, Yesus, Padamu. Sebagaimana Adanya Jiwaku Sungguh Bercela, Darahmulah Pembasuhnya ‘ku Datang, Tuhan, Padamu.
Jawatanpengurus operasi yang aku sandang ibarat tiada apa-apa kerana menjadi rebutan oleh bapa saudara dan abang-abang aku. "Kau tu kecil lagi, tak layak uruskan kilang ni?Budak 18 tahun bagusnya duduk rumah saja? Ketika aku belajar isteri aku disahkan mengandung. Aku semakin gembira memikirkan akan mendapat anak, aku semakin ghairah
Lihatlahaku yang dinamakan hutan itu, jika hendak dikata sudah tidak selayaknya lagi aku disebut hutan. Sakitku sudah menumpuk, tubuhku sepanjang hari tersakiti. Aku tak kuat lagi berdiri jika begini adanya. Patah tak tumbuh hilang layu dan lenyap itu adanya aku kini. Itu berlaku hingga hari ini.
Tidakkuliah di sastra, tapi mengagumi sastra Rusia. Mungkin kalian bisa menjadi teman yang baik,” ujarnya. Perempuan yang beberapa hari lalu memarahiku karena mengacaukan buku-buku yang akan dibelinya menjabat erat tanganku. ”Larasati,” ujarnya lembut. ”Panggil saja Lara.”. Nama yang indah dan panggilan yang ganjil.
mình đã không yêu xin đừng tìm nhau. Kaki ku rendamkan ke dalam air kolam ini. Minda ligat bekerja mengimbas kata-kata doktor perempuan tadi."Tahniah! Awak mengandung."Namun, riak wajahnya tidak menunjukkan dia gembira ke atas ku. Aku faham. Umur seusia dengan ku sepatutnya belajar. Bukannya menjaga anak. Terlalu muda untuk fikir aku telah terlanjur. Tolong! Aku sebenarnya sudah memegang status ISTERI ORANG. Ya. Kalau korang semua kata sweet. Mohon korang tarik balik kata-kata tu. Bagi aku tiada makna sweet dalam usia begini. Aku dipaksa untuk bernikah kerana aku terlampau sosial. Langsung tidak mengenal mana satu siang. Mana satu malam. Bila orang balik kerja aku keluar rumah. Bila orang pergi kerja aku balik rumah. Ibadah. Sudah banyak aku tinggalkan. Aidil. Dialah suamiku. Pilihan keluargaku. Tambahan itu, dialah manusia paling malang apabila rakan-rakanku memilih dia untuk aku. Rakan-rakan aku juga ada membantu dalam kes ini. Mama yang minta tolong dorang supaya carikan calon untuk aku. Aku pun tak tahu macam mana dorang boleh jumpa. Sedangkan, abang Aidil manusia yang tidak pernah kami Siapa sangka. Selepas seminggu kami bernikah. Dia menghilangkan diri tanpa berita. Mama dan papa tidak mengendahkan langsung kehilangan dia. Aku cuba tanya manakah dia? Mereka jawab "Kerjakan. Nanti balik lah tu." Aku naik bosan mendengar jawapan itu."Nayla." Tegur cepat-cepat mengesat air mata. Aku menekurkan kepala ke bawah."Jauh mengelamun. Doktor cakap apa tadi?" Soal bibir aku untuk menjawab. Risau mama pengsan mendengar. Usia terlalu muda untuk melalui proses ini."Dok... Doktor cakap. I... I'm. Preg... Pregnant."Betapa susahnya untuk aku habiskan ayat itu. "What?! Alhamdulillah! Tahniah Nayla." Mama memelukku. Mata aku terbuntang melihat reaksi mama."Ma? You happy ma?" Soalku."Ofcourse I'm happy. Nak jadi nenek kan." Jawab mama."But. I'm seventeen ma. Tujuh belas. Form 5. SPM." Balasku."I don't care. Bukan penghalang untuk Nayla jadi ibu dalam usia muda macam ni. Kita boleh belajar kan.""No! I'm not ready yet. Elok Nayla gugurkan anak ni." "Nayla!" Aku menundukkan wajah. Papa mula bersuara. "Anak ni anugerah Allah. Kenapa nak gugurkan? Apa dosa anak ni?" Soal papa."Nayla belum ready lagi pa. Nayla nak belajar dulu." melangkah dan menuju ke arah kami. "Papa tak kisah kalau kamu nak belajar or what. Tapi, tak kesiankan Aidil ke? Kalau Aidil dengar. Mesti dia kecewa.""Kecewa apanya pa!" Aku mulai meninggikan suara. Mama mula terkejut. "Hampir sebulan dia tinggalkan Nayla seorang diri. Dahlah tinggalkan tanpa sebarang berita." Sambungku."Nayla. Tak kira. Nayla tetap dengan keputusan Nayla."Aku bangkit dari duduk. Laju aku melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menuju ke kamar tidurku.*****"So? How's condition kau? Okay?" Soal Aisya dengan penuh prihatin. Aisya. Razak. Mikha dan Zarif. Merekalah teman setiaku. Aku kadang hairan. Macam mana aku boleh terlebih sosial. Sedangkan mereka semua tidak seperti itu. Mereka semua jaga adab pergaulan. "Okay. Nothing happens." Jawabku sambil menuangkan air oren ke dalam gelas untuk mereka."Ada benda ke kau nak cerita? Sampai tak boleh cerita dekat sekolah." Aku mengeluh panjang mendengar soalan Razak. "Aku ajak korang jumpa aku sebab.." "Sebab...?" Zarif menaikkan keningnya."Sebab aku dah tak boleh sekolah lagi." "Hah!" Mungkin terkejut mereka berempat. "Kenapa? Wei! SPM wei tahun ni. Takkan kau nak biarkan impian kau lepas je macam tu. Kau dah daftar pun nama kau sebagai calon SPM. Jangan buat menda karut." Tepis mata tak mampu tahan lagi. Mikha bangkit dan datang menepuk bahuku."Aku tahu kau ada masalah dengan suami kau. Tapi. Janganla sampai tak nak belajar. Ni bukan zaman dulu-dulu yang anak dara kena duduk rumah. Masak dekat dapur.""Aku buat macam tu ada sebab. Aku pun tak nak duduk rumah sepanjang masa." Jawabku dalam sendu."Okay. Kau just cerita je. Apa sebab dia. Insha Allah kalau kami semua boleh tolong." "Aku.... Mengandung." "What?""Apa?""Biar betul?"Pelbagai reaksi aku dengar. Nak kejutkan apa lagi."Anak siapa?" Soal Razak."Wei! Apa punya sensitif soalan kau ni? Dah tentu anak dia dengan Aidil. Lagi nak tanya." Mikha menunjal kepalanya."Sempat pula?" Zarif terus menepis kepalanya."Tanya soalan yang tak sensitif sikit boleh tak?" Razak memang. Mulut agak laser. Tapi, aku tak kisah pun. Yelah. Dah aku ni sosial sangat. Sana sini budak laki. So, tak mustahil lah kalau dia fikir macam tu."Takpe Nayla. Aku dengan kawan akan support kau. Jangan sedih. Apa pun aku tetap happy dengar berita ni. Dah berapa bulan?"Aku tersenyum mendengar soalan Aisya."Baru lagi. Two weeks gitu." Jawabku."Congrats Nayla. Soal belajar tu. Aku rasa biar aku bincang dengan Puan Hasnah. Mana tahu ada cara kitorang nak sampaikan ilmu dekat kau." Aku tersenyum mendengar. Sungguh terharu. Bersyukur tak terkata aku apabila ada rakan yang sudi memberi semangat.*****Hari demi hari. Bulan berganti bulan. Kandunganku sudah mencecah enam bulan. Aku mengusap perlahan perutku yang semakin memboyot ini. "Alhamdulillah. Anak ibu sihat." mengalihkan pandangan ke arah pasangan yang bahagia itu bersama anak kecil mereka. Pandanganku semakin redup melihat mereka. Aku juga ingin seperti mereka."Dik." Sapa seorang wanita yang duduk di sebelah kiri ku."Ya saya." Jawabku."Anak nombor berapa ni?" Soalnya."Anak sulung kak." Jawabku sambil tersenyum."Dah berapa bulan?" Peramah sungguh akak ni."Dah enam bulan kak. Akak datang sebab apa?" Giliran ku pula menyoal."Oh! Akak datang ni sebab akak terpaksa gugurkan anak akak. Doktor cakap embrio tak membesar." Katanya dengan nada sayu."Masuk ni dah empat kali akak kehilangan cahaya mata. Semua meninggal sebab keguguran. Sampikan suami akak dah nak cari lain sebab akak tak mampu lahirkan zuriat."Ya Allah! Hati ku menangis sayu. Tiba-tiba aku teringat hasrat aku untuk gugurkan anak kecil ini. Orang lain begitu ramai inginkan anak. Tapi aku? Sanggup membunuhnya."Dik." Aku tersentak mendengar panggilannya."Adik ni datang dengan siapa?" "Datang dengan mama." Jawabku."Suami tak ikut?" Suami? Dia dah lama hilang kak. Itulah jawapan yang ingin aku lontarkan. Tetapi tidak mampu."Dia kerja. Sekarang ni tengah outstation. Tu yang mama gantikan." Bohong! Ya! Aku terpaksa berbohong."Oh! Takpelah kalau gitu. Akak masuk dulu lah. Jaga diri baik-baik." hanya tersenyum. Tiba-tiba terbit rasa rindu. Abang...*****"Nah! Sekarang ni kitorang dah masuk topik baru. Ni apa yang cikgu Aida ajarkan tadi. Harap kau faham lah." Aisya mengeluarkan segala bahan-bahan pembelajarannya."Wow! Banyak betul. Siap ada rekoder bagai." Ujarku."Ofcourse. Kau tahu tak? Kitorang semua ni terpaksa bohong cikgu-cikgu tu sebab kau." Kata Razak."Betul ke kau nak ambil SPM tahun ni? Kenapa tak nak ambil tahun depan?" Soal Mikha."Aku kalau boleh. Tahun depan nak fokus dengan anak aku. Sekarang ni dahlah aku sorang je. Aidil. Entah apa khabar dia sekarang." Sayu nadaku."Minggu depan dah start cuti pertengahan. Insha Allah aku tolong kau cari Aidil. Itu janji kitorang." Ujar Zarif."Betul tu. Aku nak tengok kau bahagia tau. Bukan sengsara." Kata Aisya mengangguk kepala mendengar keikhlasan mereka membantu aku. Aku rindu dia. Aku nak minta maaf. Abang.. I miss you..*****Aku merasakan perutku semakin tegang. Ya Allah! Sakitnya. Aku memegang palang pada tangga ini."Mama!!!!!" Jeritku. Kesakitan tak terkata. Beginikah rasanya sakit seorang ibu mengandung?"Ya Allah! Nayla? Kenapa ni?" Berlari mama mendapatkan aku yang sudah terduduk ini."Mama. Perut Nayla. Sakit sangat." Jelasku."Ya Allah! Bila last rasa contraction?" Soal mama."Selang sepuluh minit tadi." Jawabku. Aku mengerutkan dahi ku menahan sakit."Papa!!!!" Laung mama."Kenapa ni? Kenapa?" Tercungap-cungap papa berlari masuk ke dalam rumah."I rasa Nayla dah nak bersalin ni. Jom bawa dia pergi hospital." "Ya Allah! Kenapa tak cakap dari tadi. Dah jom. Jom." Mama dan papa cuba membantu aku bangkit. Namun, tak berdaya. Sakit di pangkal rahim terasa sungguh. "Perlahan-lahan sayang." "Sakit ma." Aduku."Mak Biah!" "Ye puan." "Saya nak hantar Nayla pergi hospital. Tolong bawa ke mari barang-barang baby Mak Biah. Saya dah susun semua. Bawa je beg dan keperluan bayi turun. Cepat ye.""Baik puan."*****Aku mengerang kesakitan. Sungguh! Rasa macam hampir mati sakitnya. Baru aku dapat rasa bagaimana sakitnya mama dulu melahirkan aku."Ma... Nayla tahan sangat. Dah sakit ni." "Sabar sayang. Perlahan-lahan." Aku mengenggam kuat tangan mama. Aku meneran sekuatnya apabila mendengar arahan doktor yang bakal menyambut anak aku ini."Abang...." Aku hampir menjerit namanya. Tiba-tiba terdengar tangisan bayi di gegendang telinga. Dengan secara automatiknya, hilang segala kesakitan sebentar tadi."Tahniah puan. Anak lelaki." Aku menangis kegembiraan. Namun, perlahan-lahan mata aku tertutup. *****Aku cuba membuka mata perlahan-lahan apabila mendengar ada suara memanggilku. Sayang?"Sayang? Bangun. I'm here right now." Cahaya samar-samar membuatkan aku susah untuk mengenal siapa dia dihadapanku."Siapa kau?" Soalku."Sayang? Ni abang ni." Mata aku terbeliak. Abang!Segera aku bangkit dari pembaringan dan terus memeluk tubuhnya. "I'm miss you so much." Ucapku dalam ku dibalas."I'm miss you too, sayang." Bisiknya."Abang. Mana abang pergi. Abang tahu tak? Macam orang gila Nayla bila tengok abang lesap dalam rumah. Almost one year abang tinggalkan Nayla. Nayla pregnant langsung abang tak balik. Abang pergi mana?" "Shuuuu." Jari telunjuknya terlekap di bibir. Aku tersendu sedan menangis."Abang tahu. Abang minta maaf sangat-sangat. Abang terlalu bodoh bila tinggalkan Nayla. Kononnya abang malu sebab terpaksa menjadi suami pada seorang gadis liar. Abang tak sanggup untuk bersama Nayla."Aku tergamam. "Abang.." "Waits. Dengar penjelasan abang dulu. Abang buat ni lepas abang dapat tahu saudara mara Nayla cakap Nayla gadis liar. Jadikan abang sebagai kambing hitam sebab nak tutup malu keluarga.""Abang percaya cakap dorang? Abang percaya?" Suara semakin meninggi."I'm sorry sayang. Walaupun abang rasa benci dengan Nayla. Abang tetap berikan nafkah untuk Nayla. Zahir dan batin." "And before abang hilangkan diri. Abang ada bagi hadiah untuk sayang. It's just not for you. But also me. It's was on yours birthday." "And one more. Abang tak hilang ke mana pun. Dalam Malaysia je pun. Cuma jauh dari JB. Ada juga abang datang sini. Tapi perhatikan dari jauh. Lepas abang tahu yang sayang mengandung.""Macam mana abang tahu Nayla pregnant?""Abang terdengar perbualan Zarif dengan Razak. Abang selisih dengan dorang. Tapi dorang tak perasan pun." "Sejak dari itu lah abang selalu balik senyap-senyap. Time sayang dah lena tidur. Time tu abang masuk tidur dengan sayang." Jadi aku tidak bermimpi lah selama ni? Aku selalu mimpi yang dia pulang ke rumah. Tidur sekali bersamaku."Apa pun. Abang minta maaf sangat-sangat sebab tak jaga Nayla dengan baik. Disebabkan kebodohan abang, sayang terpaksa bersendirian.""Abang. Abang tak buat salah langsung. Memang patut Nayla dibenci. Nayla terlampau sosial. Memang itu yang patut Nayla dapat. Even saudara sendiri bencikan Nayla. Apatah lagi abang." "Sayang. Dah! Abang taknak ungkit-ungkit lagi. Lupakan semua ni." "Betul tu Nayla. Sekarang Nayla lupakan semua. Jadikan anak ni sebagai sumber inspirasi untuk Nayla berubah ke arah lebih baik." Sampuk kecil yang dipangku oleh mama kini beralih kepada abang Aidil."Sekarang ni. Susu kan budak tu. Lama sungguh dia menunggu parent dia berdrama dekat dalam ni." Usik hanya tersenyum. Mama memang pandai ambil wajah si kecil ini ku renung sedalamnya. Aku memberikan kucupan pertama. Sekarang aku sudah mendapat gelaran baru. Iaitu IBU.*****"Ibu!!!!!" Aku menoleh ke belakang. Hadif berlari menuju ke arah ku. Segera aku mendapatkan tubuh kecil konvo kini ku sarung di atas kepalanya. "Congrats sayang." Sejambak bunga mawar dihulurkan. Dan satu kucupan di pipi diberi."Thank you." "Ibu." Panggil Hadif."Ye?" Baru sahaja aku melayan panggilannya. Satu lagi kucupan di pipi dihadiahkan olehnya. Menitis air mata."Hadif love ibu sangat." Ucapnya. "I love you more sayang." Aku membalas kucupan untuknya. "Ibu je? Baba tak?" Usik abang Aidil."Taknak. Baba suka usik Hadif." Sudah! Bergaduh anak beranak sudah. "Fine. Nanti jangan kacau baba main playstation." Rajuk abang sahaja abang Aidil merajuk, Hadif segera memberi kucupan padanya."Nayla! Congrats kawan!" Ucap Aisya. Semua teman sekolah ku sanggup hadir meraikan kejayaan aku. Akhirnya, berjaya juga aku mengenggam segulung diploma. "Thanks Aisya. Oh ya! Congrats jugak dekat kau. Next month kan." "Yup! Jangan lupa datang tau." "Gila tak datang? Nanti siapa nak habiskan nasi minyak kau?" tawa terdengar. Aisya bakal melangsungkan tarikh perkahwinannya bersama Zarif. Dah agak. Dari dulu aku perasan. Dorang memang rapat semacam. Lebih dari kawan."Eh! Kenapa tercegat lagi. Jom kita bergambar." Ajak memang kaki bergambar. Lagi-lagi selfie. Memang serahkan dekat dia sahaja aku ingin melangkah pergi bersama mereka, lengan kananku diraih perlahan."I love you Nayla Arliya."Aku tersenyum. "I love you too Aidil Asyraf." Tanpa segan silu aku mengucup pipi kanannya. Alah! Orang bukan nampak pun. HahahaAlhamdulillah. Kebahagiaan akhirnya menjadi milikku. Kehadiran Hadif ke muka bumi menaikkan semangat aku untuk mengecapi kebahagiaan. Terima kasih Ya Rabbi!
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas. "I love you, Mommy!" celotehnya riang. Bertubi-tubi aku mendapat ciuman si putra bungsu di pipiku. Aku tentu bahagia seperti namaku terlukis indah juga kenangan bersama kakaknya sewaktu umurnya sama dengannya. Waktu itu kuantar ke sekolah. Dia tiba-tiba dia ingin diantar sampai kelas. Begitu sampai kelas, dia mengatakan ingin buang air kecil pun mengantar ke toilet. "Nanti mama pulang dulu. Kalau sudah selesai, mama jemput lagi, " kataku. " Okeeey..." jawabnya ragu. "But, I'm gonna miss you, Mommy... Huaaa..." lanjutnya dibarengi tangis mengiba. Air matanya menganak sungai membuatku tak tega meninggalkannya. Ternyata dia sengaja berlama-lama karena tak ingin berpisah dariku. Aku ikut sedih. Tapi juga bahagia karena aku dirindukan olehnya. Ya, oleh putri kecilku yang sudah mengubah mengingatnya terkadang membuatku tak habis pikir. Betapa hidup ini penuh keajaiban. Sesuatu yang indah, yang tak pernah terpikirkan dan terbayangkan!Ya, aku adalah perempuan biasa yang punya dua anak. Orang mengatakan sudah lengkap karena punya "sepasang", perempuan dan laki-laki. Tentu ini membuat aku tahukah bahwa semasa muda pernah terlintas dalam pikiranku untuk tidak ingin punya anak. Bahkan pernah terlintas juga untuk tidak menikah! Jika mengingatnya, aku merasa betapa konyolnya masa mudaku. Darah muda yang menginginkan kebebasan tanpa kekangan. Kutertawakan masa laluku. Sungguh betapa dangkalnya yang kulalui dalam hidup ini banyak mengajarkanku. Bahwasanya di bawah kolong langit ini ada kuasa besar yang tak bisa kita ingkari. Sesuatu yang punya otoritas penuh atas nafas hidup manusia. Dialah pemberi nafas pada nyawa menuntunku pada sebuah kesadaran bahwa ada pengalaman traumatis dalam diriku. Sebuah ketakutan bawah sadar yang begitu besar. 1 2 3 4 Lihat Cerpen Selengkapnya
Iris mengusap lembut perutnya yang makin hari makin sarat. Bibirnya tersenyum namun ada titisan jernih mengalir dari matanya. Anak ini bukanlah keinginan dia. Dia tidak pernah mengimpikan untuk mengandung. Tapi dia cuba untuk gagahkan diri, pekakkan telinga dan butakan mata. Anak ini tidak bersalah. Dia berhak untuk melihat dunia. “Tak payah kau nak menangis, Iris. Benda dah jadi. Apa-apa pun terima sajalah. Mungkin itulah takdir yang tertulis buat kau.” Ujar mak Halimah. Mak kepada Iris. Iris bersyukur kerana walaupun dia di dalam berkeadaan begini tetapi Mak Halimah sentiasa mempertahankan dirinya. Mak Halimah kenal siapa anak dia yang sebenarnya. Pedulikan kata orang lain. “Mak, terima kasih sebab sudi terima Iris.” Iris memeluk Mak Halimah daripada belakang. Walaupun tidak seerat kerana dihalang oleh perutnya tetapi sudah cukup buat Iris puas. “Kau tu anak mak, Iris. Buruk baik kau, mak kena terima.” Iris mengangguk. Dia cuba untuk tidak mengecewakan harapan mak. Tetapi dia gagal. Walaupun begitu, dia berjanji sebaik sahaja anak ini lahir ke dunia, dia akan cuba untuk buktikan sesuatu pada semua orang. Orang yang dianggap tak berguna seperti dia ini akan mampu menggegar dunia. “Mak nak pergi beli barang dapur sekejap. Kau duduk rumah. Tak payah buat apa-apa. Nanti jadi apa-apa mak tak ada kat rumah.” Iris mengangguk lagi. Dia tersenyum memandang maknya. Air matanya bergenang lagi. Sebaik sahaja Mak Halimah hilang dari pandangan, Iris menarik kerusi duduk. Perutnya diusap lagi. “Nanti keluar jadi anak yang soleh ya, sayang. Apapun, sayang adalah anak ibu.” Iris menangis lagi. Tidak dapat menahan sebak. ************* “Jangan Yusran. Jangan. Apa salah aku kat kau sampai kau sanggup buat aku macam ni?” jerit Iris meminta simpati daripada Yusran. Yusran tersenyum sinis. “Kau tolak cinta aku. Jangan harap kau akan bahagia, Iris.” “Kita tak ada jodoh, Yusran. Terimalah. Jangan buat aku macam ni.” Iris merayu lagi. Hatinya payah nak digambarkan. “Kita bukan tak ada jodoh. Kau yang menolak jodoh itu. Aku tak akan biarkan orang lain senang-senang dapatkan kau, Iris.” Yusran ketawa kuat. Dia merentap bahu Iris sehingga terkoyak. Menampakkan setiap inci tubuh badan Iris. Iris menangis semahu-mahunya. Bibirnya meminta rayuan untuk dilepaskan tetapi tidak pernah dipeduli oleh Yusran. Yusran bagaikan dirasuk setan langsung tidak punya belas kasihan. Iris berserah. Kalau itu nasib yang harus dia terima. ************* Iris menangis teresak-esak. Semuanya tiada berguna lagi. Farahi langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada dia terlebih dahulu. Terus meletak hukuman. “Aku tak akan ambil bekas orang.” Ujar Farahi penuh benci. “Bukan saya yang serahkan diri kat dia. Saya dirogol, Farahi. Percayalah.” Farahi tersenyum sinis. “Sudahlah. Aku faham sangat perempuan macam kau ni. Nampak saja baik. Bertutup litup tapi sebenarnya disebalik tu perangai mengalahkan setan!” marah Farahi. Iris mendekati Farahi. Tangan Farahi cuba diraih tetapi Farahi pantas mengelak. “Kau jangan sentuh aku. Aku jijik dengan perempuan macam kau.” “Farahi, jom kita jumpa Yusran. Kita dengar penjelasan dia.” Pujuk Iris. Iris tidak sanggup kehilangan Farahi. Lelaki itu selama ini sangat baik padanya. Mereka juga merancang untuk bertunang lagi dua bulan tetapi semuanya hancur musnah bila semua ini terjadi. “Tak payah buang masa aku Iris. Aku kecewa dengan kau. Aku ingat kau tak sama macam perempuan lain tetapi sebenarnya kau sama saja.” “Farahi, saya dirogol bukan saya melacur diri!” suara Iris meninggi. Cuba memperjelaskan kepada Farahi. Farahi mencekak pinggang. Dia pantas menggeleng. “Mulai hari ini kita putus. Aku tak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan kau.” “Habis, pertunangan kita?” “Batalkan saja. Aku sanggup menanggung malu tak jadi bertunang daripada ambil perempuan macam kau jadi isteri aku.” “Mana janji awak dulu, Farahi? Mana?” Farahi tergelak sinis. “Semua manusia boleh berkata janji. Janji itu sudah tiada guna lagi. Aku rasa aku boleh dapatkan perempuan yang lebih baik daripada kau. Selamat berbahagia, Iris. Assalamualaikum.” Farahi terus melangkah pergi meninggalkan Iris terhuyung-hayang seorang diri. Iris menggeleng bagaikan tidak percaya ini semua berlaku. “Ya Allah, kenapa aku yang dipilih untuk terima semua ini? Aku tak kuat!” *********** Setelah hampir 9 bulan mengandung, akhirnya seorang bayi lelaki lahir ke dunia. Lahir untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah ini. Iris tersenyum lebar. Kepala anak kecil itu dicium penuh dengan kasih sayang. “Jadi anak yang baik tau. Jaga ibu. Jaga nenek.” Bisik Iris di telinga anak kecil itu.” “Apa rancangan kamu lepas berpantang, Iris?” soal Mak Halimah. “Iris rasa Iris nak cari kerja kat KL. Iris bukannya tak ada kelulusan.” Iris seorang yang berpelajaran. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan. Cita-cita menjadi Pengawai Bank tetapi terhalang bila terjadinya peristiwa hitam itu. “Furqan nak bawa sekali?” tanya Mak Halimah lagi. Muhammad Furqan nama diberi buat bayi lelaki itu. Muhammad adalah nama Nabi Muhammad manakala Furqan pula membawa maksud bukti, kenyataan dan kebenaran. Semoga Furqan menjadi seorang manusia seindah maksud namanya. “Kalau mak tak kisah, Iris nak tinggalkan pada mak. Dua minggu sekali Iris akan pulang ke kampung. Lagipun Iris ada kenderaan untuk pulang nanti.” “Mak tak kisah. Tapi bila dah ke sana nanti jangan dilupakan kat Furqan pula. Dia tetap anak kau, Iris.” “InsyaAllah mak. Mak tolong Iris didik Furqan ya. Jangan biarkan dia jadi seperti ayahnya.” Mak Halimah tersenyum. Dia simpati dengan nasib yang harus diterima oleh Iris. Tapi tak apalah. Itu takdir dia. **************** Sudah dua minggu Iris bekerja di sebuah bank terkemuka di ibu kota. Impian dia untuk menjadi seorang pengawai bank tercapai. Setiap hari dia akan menelefon ke kampung untuk mengetahui keadaan mak dan anaknya. Petang itu habis sahaja kerja, Iris mengambil keputusan untuk membeli barang dapur. Dia bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya ketika dia datang ke sini. Dia menyewa rumah sewa yang tidak jauh daripada ofisnya. Iris menyusun barang yang ada di dalam troli lalu di atas kaunter untuk pembayaran. Cukuplah barang itu bertahan sebulan. Dia ingat nak balik kampung. Nak bawa mak dan Furqan datang duduk bersama-sama dengannya. Tak adalah sunyi sangat. “Semuanya RM ujar juruwang di kaunter kepada Iris. Iris mengeluarkan kad debit lalu diserahkan kepada juruwang memandangkan dia terlupa mahu mengambil wang terlebih dahulu tadi. “Maaf cik. Cik ada cash tak? Sistem tengah down sekarang. Tak boleh nak guna kad debit.” Iris mula resah. Dia membuka dompetnya tetapi tidak mencukupi untuk jumlah itu. Macam mana ni? “Tak boleh langsung ke dik? Saya tak cukup untuk bayar cash.” Iris memberitahu. Dia melihat barisan dibelakangnya. Semua memerhatikan dia. Pengajaran disitu janganlah tak sediakan tunai. Kalau jadi macam ni, memang susah. “Tak boleh cik. Sama ada cik berlari ambil duit sekejap atau cancel semua barang-barang ini.” Beritahu juruwang itu. “Tak apa. Kira sekali dengan saya.” Seorang lelaki muda dibelakang Iris bersuara. “Betul ni encik?” “Ya betul. Kira sekali.” Ujar lelaki itu menyakinkan juruwang. “Habis tu macam mana dengan barang saya?” soal Iris. Tiba-tiba sahaja menawarkan diri untuk kira sekali. Tak faham Iris. “Saya bayar maka jadi barang sayalah.” Balas lelaki itu. “Mana boleh. Ini barang saya.” Iris membantah. “Awak tak cukup duitkan nak bayar? Jadi saya ambil semua barang ni kat saya.” “Awak bayarkan dulu . Nanti saya bayar balik.” Lelaki itu menggeleng. “No way. Ini dah menjadi hak milik saya.” Lelaki itu berkeras. Tidak mahu mengalah. “Berapa?” soal lelaki itu kepada juruwang. Iris melepaskan keluhan. “Tak apalah. Malas nak bertekak.” Iris terus melangkah kecewa. Tak fasal dia terpaksa memborong kembali barang-barang itu nanti. Iris mencari ATM. Kalau tidak beli barang nanti terpaksalah dia makan di luar. Dah muak dah makan kedai. Lagipun dah alang-alang ada kat sini. Sakit hati pula dengan lelaki itu tadi. Tak ada bertolak ansur langsung. “Awak nak pergi mana?” Langkah Iris terhenti. Dia mahu masuk semula ke dalam Pasaraya Giant selepas mengambil wang di ATM. “Nak beli baranglah. Dah barang saya orang ambil.” Balas Iris memerli lelaki itu. “Dah tak payah. Ni barang-barang awak.” Lelaki itu menyerahkan troli kepada Iris. Iris terpinga-pinga. Tidak mengerti maksud lelaki itu. “Tapi tadi...” “Tak payah cakap banyak. Ini resit. Pergi balik masak sedap-sedap. Selamat memasak.” Resit itu diserahkan kepada Iris. Iris mengambil dan melihat jumlah barang itu tadi. “Sekejap saya nak bayar balik.” Iris menyeluk tas tangan untuk mengeluarkan dompet. Sebaik sahaja mengangkat kepala, lelaki itu telah lesap. Hilang terus dari pandangan mata. Iris tercari-cari tetapi tidak langsung kelihatan. Keluhan dilepaskan. Resit dilihat lagi sekali. Ada nota kecil disitu. Saya Mirza. No telefon, 0194244319. Jumpa di Restoran Delima esok pukul 2 petang untuk bayar balik hutang saya. Tq.’ Iris tersenyum. Ni nak mengorat ke apa ni? Hish, Iris. Jangan nak perasan. Kau tu dah ada anak. ************** “Assalamualaikum mak. Mak sihat? Furqan macam mana?” soal Iris sebaik sahaja panggilan telefon dijawab. “Waalaikumussalam. Mak sihat. Furqan demam. Rindu ibu dia kot.” “Ala yaka? Tak apa mak. Minggu ni Iris balik jenguk mak dan Furqan. Iris ingat nak bawak mak dan Furqan duduk sekali dengan Iris kat sini. Mak nak tak?” “Habis tu ayam mak macam mana?” Iris cuba untuk berfikir. Mak Halimah ada beberapa binatang ternakan yang kadang-kadang menghalang untuk pergi ke mana-mana. Katanya sayang sangat kerana binatang ternakan itu adalah ternakan arwah abah. “Upahlah Halim tu jaga. Nanti Iris tolong bayarkan. Jangan risau.” “Kau baliklah dulu, Iris. Nanti kita bincang lain. Furqan menangis tu. Mak letak dulu ya.” Klik. Terus mematikan panggilan. Iris diundang kerisauan. “Semoga anak ibu sihat. Ibu rindu Furqan.” Iris melihat jam di komputer lunch. Hari ini dia akan berjumpa dengan Mirza. Lelaki semalam. Harap tiada muslihat apa-apa. Ikutkan hati tak mahu dia menurut kemahuan lelaki itu tetapi memandangkan dia berhutang jadi dia harus jugalah berjumpa. Iris mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip mesej. Beberapa saat kemudian, kiriman itu berbalas. Amboi, cepat sungguh dia balas. Selepas mengesan kehadiran lelaki itu, Iris terus mencari. Kelihatan seorang lelaki yang dipercayai Mirza di meja hujung. “Duduk dulu.” Ujar Mirza. Iris menggeleng. “Tak boleh. Saya datang cuma nak bayar duit awak saja.” Mirza tidak memandang Iris. Dia memilih untuk memandang telefon bimbitnya yang ada di atas meja. Jantungnya bergetar saat wajah itu dipandangnya. Dia tidak mampu menahan getar. Sungguh, dia sudah jatuh hati pada Iris. Biarlah orang kata dia gila tapi dia memang gila. “Duduk dulu.” Paksa Mirza. Tidak mengendahkan kata-kata Iris. “Sayakan cakap yang saya...” “Nak duduk ke atau saya paksa duduk?” ugut Mirza sebelum sempat Iris menghabiskan kata-katanya. Iris dalam nak tak nak terpaksa menerima tawaran itu. Eleh! Main ugut-ugut pula mamat ni. “Nak makan apa?” soal Mirza. Iris menggeleng. “Suruh duduk tak nak. Tanya makan pun tak nak. Habis tu apa yang awak nak?” “Saya nak bayar duit awak balik. Nah!” hulur Iris not yang berjumlah RM120 kepada Mirza. Mirza tidak mengendahkan. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu buat-buat tak tahu sahaja kepada Iris. Dalam diam, Mirza membuka aplikasi kamera dalam telefon dan mengambil gambar Iris tanpa sedar. Comel! “Tak kisahlah awak nak tak nak. Saya ada kerja lain yang lagi penting.” Iris meletakan duit itu di atas meja dan dia bangkit dari duduknya. “Duduk dulu. Kalau tidak saya tak nak terima dan anggap awak masih berhutang dengan saya.” Iris mendengus geram. Dia memandang Mirza geram. Tapi lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya. Terjebak pada lelaki tak normal pula gamaknya aku ni. Rungut Iris dalam hati. “Awak dah kahwin?” “Kenapa nak tahu? Tak ada kena mengena dengan awak. Saya tak kenal awak dan awak pun tak kenal saya. Jadi tak payah nak menyibuk.” “Baiklah. Saya kenalkan diri. Nama papa dan mama saya bagi adalah Muhamad Mirza Furqan bin Mirza Fahmi. Berumur 25 tahun. Masih bujang. Dan awak pula?” Iris tersentap. Furqan? Nama anaknya. Ya Allah rindunya pada Furqan. Tak sangka boleh nama sama. “Sebenar-benarnya apa yang awak nak?” soal Iris. Rimas pula bila dipaksa. “Saya nak kenal dengan awak. Kalau sudi saya nak jumpa mak ayah awak. Saya nak masuk meminang awak dan kahwin dengan awak. Itu sahaja tujuan saya.” Mirza berterus-terang. Biarlah dia nak kata apa pun asalkan segala isi hatinya sudah terluah. “Gila!” “Siapa gila?” “Awaklah.” “Memang saya gila pun. Gilakan awak.” “Uwek! Nak muntah dengar.” Balas Iris. Dadanya terus berdebar-debar. “Aik, tak kahwin lagi dah muntah-muntah pregnant. Satu penerimaan yang baik.” Usik Mirza sambil bibirnya tersengih. Baru nak senyum. Tadi bukan main serius. “Jangan nak buat kerja gilalah, Encik Mirza. Kita kenal semalam tak sampai 1 jam. Hari ini tak sampai lagi 20 minit sekarang awak bagitau awak nak kahwin dengan saya? Ini semua tak masuk akallah.” “Awak pernah baca tak dalam facebook?” “Baca apa?” “Menurut kajian, lelaki boleh jatuh cinta hanya dalam masa 2 saat.” “Fakta mana awak guna?” “Fakta saya sendirilah. Saya yang buat kajian ni dan ternyata betul. Kita kenal semalam 1 jam dan hari ini 20 minit. Jadi 1 jam 20 minit bermakna itu sudah lebih daripada cukup untuk buat saya jatuh cinta pada awak.” “Mengarut.” “Tak adalah.” “Sudah, saya nak balik. Terpulanglah nak terima atau tidak duit tu. Tapi Allah nampak yang saya berusaha bayar kat awak.” “Iris Humaira.” Panggil Mirza membuatkan Iris menghentikan langkahnya. Dia menoleh dengan dahi yang berkerut. “Pelik ke saya tahu nama awak?” soal Mirza sambil tersenyum. “Saya kenal awak dah lama. Cuma awak saja tak kenal saya.” “Maksudnya?” “Awak bekerja sebagai pengawai bank . Berasal dari Pulau Pinang dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi awak masih bujang.” Iris bertambah pelik. Dia memandang Mirza memohon penjelasan yang sejelasnya. “Mana awak tahu semua ni?” “Tak perlu tahu. Jadi lulus tak untuk saya datang masuk meminang awak?” “Jangan harap!” Iris terus menonong melangkah meninggalkan Mirza. “Saya akan kejar awak, Iris.” Jeritnya yang mampu didengari oleh Iris. Iris tersenyum. Disamping itu dia turut sama berasa takut. Pelik sangat perangai Mirza. Semua tentang diri dia , Mirza tahu. Siapakah dia? ***************** Iris tidak senang duduk. Semua siaran televisyen dibuka tetapi langsung tidak menarik perhatiannya untuk terus terlekat pada satu-satu rancangan itu. Fikirannya bercelaru memikirkan tentang Mirza. Lelaki misteri yang tiba-tiba hadir untuk meraih cinta daripadanya. “Mak tengok dari tadi dok asyik tukar siaran tu. Kenapa? Ada masalah ke? Kalau ada masalah beritahu mak.” Soal Mak Halimah. Mak Halimah sudah tinggal bersama dengan Iris. Kini tidak lagi Iris terpaksa berpisah dengan Furqan. Nasib baiklah Mak Halimah mahu menerima cadangan Iris. “Tak ada apa, mak. Furqan dah tidur ke?” soal Iris. Cuba untuk mengubah topik. “Dah. Biasalah bila nak membesar ni. Asyik demam.” Iris tersenyum. Dia kembali mengalihkan pandangan kepada televisyen. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Tanda ada mesej yang baru masuk. Bagi saya peluang boleh? Untuk membuktikan yang saya serius. Saya akan jaga awak dan anak awak.’ – Mirza. Iris melepaskan keluhan berat. Hati ini sudah tertutup untuk menerima insan yang bergelar lelaki. Lagi-lagilah Mirza entah lelaki itu datang dari mana. Tiba-tiba muncul. Sukarnya untuk Iris memberi hati ini. Luka lama masih belum sembuh. Tak mudah. “Lelaki mana yang dah ketuk hati kau, Iris?” soal Mak Halimah selepas menyedari kegelisahan anaknya. Iris juga perlu merasa bahagia. Iris resah. Dia membetulkan duduk dan memandang Mak Halimah. “Apa mak cakap ni? Tak adalah.” Nafi Iris. “Kau tu anak mak, Iris. Mak kenal dah.” Iris terdiam. Mak Halimah memang pandai meneka. Dia boleh baca apa yang ada di fikiran dan hati Iris. “Ceritalah kat mak.” “Tak adalah mak. Mak, Iris naik atas dulu. Nak jenguk Furqan sekejap.” Iris cuba mengelak. Bukan masanya lagi untuk dia menceritakan kepada Mak Halimah. “Iris, mak tahu apa yang ada dalam hati tu. Jangan ditutup selamanya. Kau berhak untuk dapat kehidupan yang lebih baik.” “Tapi ada ke orang nak terima perempuan macam Iris ni? Dirogol, kotor dan ada anak luar nikah pula tu.” Balas Iris. Air matanya bergenang. Itu yang menghantui dirinya ketika ini. “Iris, berapa kali mak pesan. Jangan guna perkataan itu. Sekarang ini Furqan masih kecil tak apalah. Nanti dah besar bila dengar perkataan luar nikah itu kasihan kat dia. Dia tak salah.” Iris terdiam. Tanpa dipinta air mata mengalir laju membasahi pipinya. “Pesan mak cuma satu. Cuba buka pintu hati itu. Kalau lelaki itu betul-betul ikhlas, dia akan terima Iris dan kekurangan diri Iris.” Iris tidak berkata apa. Dia meninggalkan maknya di situ. Kepalanya ligat berfikir. Ada betul kata Mak Halimah tapi kenapa dia masih liat untuk buka pintu hati ini untuk orang yang sebetulnya? Iris keliru. ******************** Mirza hanya memerhati dari jauh. Nak dekat takut tapi sampai bila? Seronok dia melihat dua beranak itu. Iris dan anak lelakinya. Iris nampak dari jauh sedang termenung jauh sambil pandangannya dilemparkan ke tasik. Mirza nekad. Tak akanlah dia nak terus macam ni. Kalau dia terus macam ni, sampai bila pun dia tak akan dapat meraih hati Iris. Dia kena membuktikan sesuatu. Mirza tahu untuk wanita itu membuka pintu hatinya tetapi Mirza yakin sekeras-keras hati wanita akan cair dengan keikhlasan seorang lelaki yang mencintainya sepenuh hati. “Seronoknya termenung.” Tegur Mirza. Iris tersedar daripada lamunannya. Dia memandang sebelah dan terkejut dia bila terpandangkan wajah Mirza yang sedang tersenyum lebar. “Tepi sikit. Saya nak duduk.” Suruh Mirza membuatkan Iris terpaksa mengesot ke kanan sedikit untuk memberi ruang buat Mirza. “Awak buat apa kat sini?” “Mengejar cinta.” Balas Mirza selamba. Furqan di dalam troli bayi diambil lalu didukung oleh Mirza. Iris tidak tentu arah. Baru sahaja dia ingin menenangkan fikiran akibat kerja yang bertimbun di ofis tetapi dikejutkan dengan kehadiran Mirza pula. Aduhai, Encik Mirza. Awak kejar orang yang salah. “Nama apa si bam bam ni?” soal Mirza. Dia mencium berkali-kali pipi milik Furqan yang tembam itu. “Muhammad Furqan.” Mirza memandang Iris. Dia mengoyak senyuman. “Nama sama. Ini anak daddy lah ni. Muhammad Furqan bin Muhamad Mirza Furqan.” Entah kenapa dia diundang rasa sebak bila Mirza berkatakan itu. Anak kecil itu tidak berbapa. Kemana hilangnya Yusran, Iris tidak mahu ambil tahu. Tapi Mirza datang dengan tiba-tiba mengaku Furqan adalah anaknya membuatkan Iris rasa macam nak menangis. “Kenapa awak datang dengan tiba-tiba?” “Sebab saya tiba-tiba jatuh cinta dengan awak.” “Tapi awak sendiri tahu saya siapakan? Tak layak untuk mana-mana lelaki.” Mirza meletak Furqan semula di dalam troli bayi. Dia bangun dari duduknya dan berjalan ke hadapan sedikit. Kedua-dua belah tangannya dimasukan ke dalam poket seluar hadapan. “Siapa awak nak tentukan awak layak atau tidak?” “Awak sendiri kata awak tahu kisah saya. Siapa saya. Jadi untuk apa lagi awak nak terus mengejar saya? Saya ni kotor.” Mirza memandang Iris. Wajah tenangnya itu mengukirkan senyuman lebar. Ikhlas. “Awak bukan buat kerja tak senonoh. Awak hanya mangsa keadaan. Lagipun itu masa silam awak. Saya nak hidup dengan awak sekarang. Bukan dulu.” “Tapi saya tak kenal awak. Hati yang pernah dilukai oleh lelaki dulu membuatkan saya takut. Saya tak kenal awak, asal –usul awak, datang tiba-tiba. Mungkin hanya mahu mempermainkan saya.” Mirza menggeleng. Dia mendekati Iris dan melabuhkan punggungnya disebelah Iris. Tapi masih menjaga jarak. “Saya tahu sukar untuk awak percayakan saya. Tapi kalau saya cabar terjun tasik ni, awak masih tak percayakan saya?” Iris mengerutkan dahinya. Dia memandang Mirza pelik. Tak akan sampai macam tu sekali. “Jangan nak mengarutlah, Encik Mirza.” “Don’t call me Encik Mirza. Hanya Mirza. Tak pun abang.” Mirza tersengih. Iris menjuihkan bibirnya. “Tak kuasa saya.” “Serius ni? Kalau saya terjun tasik ni, awak mahu percayakan saya atau tidak? Itu bukti saya ni betul-betul ikhlas untuk bersama dengan awak.” “Itu tak membuktikan apa-apalah, Encik Mirza.” Iris masih lagi membahasakan Mirza dengan panggilan yang sama. Kekok nak mengubahnya. “Okay. Saya cuba buktikan.” Mirza terus berjalan menuju ke tasik. Dia turun ke bawah sikit demi sedikit. Iris sudah mula berasa takut dan risau. Betul-betul ke Mirza ni? “Eh awak!.” Panggil Iris. Tetapi Mirza tidak mengendahkan. Mirza semakin hilang dari pandangan matanya. “Awak, janganlah. Saya percayakan awak!” Iris menolak troli Furqan dan mendekati tasik. Tetapi tubuh badan Mirza tidak kelihatan. Dada Iris berdengup kencang. Biar betul dia buat? Ya Allah, macam mana kalau dia lemas? Macam mana kalau dia mati? Iris menggelengkan kepalanya beberapa kali. “Cari saya ke?” Iris menoleh ke belakang. Mirza sedang tersenyum. Iris memandang tubuh badan Mirza. Pakaiannya tiada yang basah. “Okay. Terima kasih sebab percayakan saya. Minggu depan saya masuk meminang awak. Ke awak nak bernikah terus?” tawar Mirza. “Siapa yang bagi persetujuan?” soal Iris kembali. “Tak kisahlah. Minggu depan saya nak jumpa mak mentua saya. Jaga Furqan junior baik-baik.” Mirza terus melangkah pergi sebelum sempat Iris berkata apa-apa. Iris melepaskan keluhan. Memang gila lelaki ini. ***************** Iris mendukung Furqan. Memandangkan hujung minggu, dia membawa Furqan berjalan-jalan. Dia ajak maknya tadi tapi mak menolak. Katanya nak berehat di rumah sahaja. “Assalamualaikum.” Tegur satu suara. Iris memandang. Terkejut dia dengan kehadiran orang yang tidak pernah disangka akan munculkan diri. Hari ini dia datang kembali. Peristiwa lama kembali menjengah ke dalam kotak fikiran. Iris cuba untuk melarikan diri. Dia berjalan dengan pantas tetapi diekori oleh Yusran. “Iris, dengar dulu penjelasan aku.” Ujar Yusran. “Apa lagi kau nak, Yusran? Kenapa kau harus muncul lagi dalam hidup aku?” “Iris, aku datang nak minta maaf. Aku tahu aku salah. Bagi aku peluang untuk tebus kembali semua silap aku.” Iris tidak lalu untuk memandang wajah Yusran. Rasa benci yang menggunung membuatkan di rasa jijik dengan wajah itu. “Senangnya kau. Kau dah rosakkan hidup aku. Kau tinggalkan aku terkontang-kanting sampai aku mengandung. Sekarang kau datang nak minta maaf macam tu saja? Jangan harap, Yusran. Sampai mati aku tak akan pernah memaafkan kau.” “Ini anak akukan?” Yusran cuba mengambil Furqan tetapi Iris memeluknya erat. “Kau tak layak digelar ayah!” hambur Iris. “Aku nak bertanggungjawab terhadap kau. Kita kahwin. Bina hidup baru dengan anak kita ni.” Iris tersenyum sinis. Dia rasa sakit bila Yusran berkatakan begitu. Kalau perempuan lain, mungkin akan cair dengan pujukan itu tetapi tidak bagi Iris. Dia cuba keraskan hatinya dari termakan pujuk rayu Yusran. “Kau demam ya, Yusran? Sejak bila kau ada hati perut?” “Iris. Aku tahu dosa aku terlalu besar kepada kau. Tapi jangan biarkan seumur hidup aku dihantui rasa berdosa. Tolong aku. Aku nak bertanggungjawab.” “Sudahlah, Yusran. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi. Sampai mati aku tak akan terima kau.” Iris terus melangkah pergi. Yusran cuba untuk mengejar tetapi Iris menghalang. Air mata Iris mengalir laju. Cuba dikuatkan hatinya tetapi dia hanya manusia yang mempunyai hati yang rapuh. ****************** “Makcik, saya nak masuk meminang Iris.” Ujar Mirza dengan beraninya. Dia datang seorang diri. Iris hanya tunduk. Memang nampak kesungguhan Mirza mahu memiliki dirinya. Bohonglah kalau dia kata, dia tidak terbuka hatinya untuk menerima Mirza. Dia harus memberi peluang buat lelaki itu. “Makcik tak kisah. Kena tanya tuan punya dirilah.” Mak Halimah tersenyum. Gembira dia apabila ada lelaki yang mahu menerima Iris. Iris terdiam. Dia memandang Mirza. Sempat lagi Mirza bertindak nakal dengan mengenyitkan matanya. Aduhai! Macam manalah tak jatuh hati kalau macam ni. “Mak macam mana?” soal Iris. “Bukan mak yang nak hidup dengan kau Iris. Iris tentukan sendiri.” Mak Halimah tidak menghalang siapapun pilihan anaknya. Dari pandangan dia sebagai orang tua dia dapat rasakan Mirza ikhlas untuk memilik dirinya. “Tak tahulah mak.” Bisik Iris di telinga Mak Halimah. Mak Halimah senyum. Dia memandang Mirza. “Dia cakap dia setuju.” Ujar Mak Halimah membuatkan Iris membulatkan matanya besar. “Mak!” Iris protes. Mak Halimah tergelak besar. “Cuma satu saja makcik nak Mirza janji. Jangan sia-siakan dia. Jangan pula diungkit masa lalu dia. Makcik tak nak dia terluka lagi.” “InsyaAllah makcik. Mirza akan cuba jaga dia dengan sebaik-baiknya.” Selepas berbincang, mak Halimah masuk ke dalam bilik. Kedengaran Furqan menangis. Sengaja dia nak tinggalkan Mirza dan Iris berdua. “Terima kasih. Kita tak payah bertunanglah. Nikah terus.” “Gelojoh.” “Haruslah. Dah lama tunggu awak kata terima. Dah alang-alang dah terima nikah teruslah.” Mirza gelak. “Saya tak tahu perasaan saya sekarang ni.” “Tak apa. Take your time. Saya tak akan paksa awak. Sudah cukup baik awak sudi terima saya.” “Terima kasih sudi terima walaupun awak tahu siapa saya.” Iris tersenyum. “It’s okay. Abang..Eh, tersasul pula.” Mirza tersengih. Mengada-ngadanya. “Saya nak beritahu esok saya outstation. Jadi tak dapat nak jumpa. Tapi masih boleh on the phone.” “Okay.” “Jangan rindu saya.” “Jangan harap.” Iris menghadiahkan jelingan. “Tak apalah. Siapalah kitakan untuk dia nak rindu.” Mirza menayangkan wajah sedih. Iris menjuihkan bibirnya. Dia tersenyum bila Mirza menarik muka kecewanya itu. “Poyo!” Mirza tergelak. Dalam diam, Mak Halimah mengintai dari dalam bilik. Dia tersenyum bila melihat kemesraan Mirza dan Iris. InsyaAllah, Mirza adalah lelaki yang sebetulnya. *************** Sudah dua hari Mirza bekerja luar kawasan. Iris sudah berasa rindu. Perasaan rindu yang telah lama hilang dulu untuk seorang lelaki kini hadir dengan kehadiran Mirza. Iris mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Mirza. “Assalamualaikum.” Ujar Iris teruja. “Waalaikumussalam. Siapa ni?” soal satu suara perempuan dari corong telefon. Dada Iris berdebar-debar. Siapakah perempuan ini? Katanya dia outstation. Lagi pula Mirza tidak mempunyai adik-beradik lain. “Siapa ni?” “Awak yang call sekarang awak tanya saya siapa pula.” “Mirza ada?” Iris cuba mengawal perasaan. Mungkin kawan sekerjanya. “Dia tengah mandi.” “Siapa tu, Alia? Kan dah cakap tadi jangan jawab call abang.” kedengaran pertanyaan daripada Mirza. Jauh. Abang? Mirza tak ada adik. Malah adik perempuan sekalipun. Tapi panggilan itu membuatkan hati Iris bagai disiat-siat. “Tak tahu. Nahlah abang.” Iris hanya mendengar perbualan itu. Tetapi dadanya diundang rasa sakit. Siapa perempuan itu? “Sayang, sorry saya mandi...” Klik. Iris terus mematikan panggilan tersebut. Dia menyembamkan mukanya di atas katil. Sungguh dia kecewa. Kali ini rasa kecewa untuk kali keduannya. “Ya Allah, kenapa hidup aku begini?” Iris terus menangis teresak-esak. Panggilan daripada Mirza langsung tidak diendahkan. **************** Iris duduk termenung. Furqan di dalam troli dibiarkan merengek. Sungguh dia tidak mudah untuk menerima semua ini. Dari semalam semua panggilan daripada Mirza dia tolak. Dia perlukan masa untuk mendengar penjelasan daripada lelaki itu. Terkilan dia bila Mirza sanggup menipu dirinya. “Iris.” Airmatanya cepat-cepat disapu dengan belakang tangan. Dia kenal suara itu. Suara lelaki yang dibenci. Yusran. “Kau buat apa kat sini?” soal Iris. Dia tidak suka. Lelaki semuanya sama. “Terima aku balik. Aku janji aku tak akan melukakan hati kau lagi.” “Sudahlah, Yusran. Aku sudah tawar hati dengan mana-mana lelaki. Lagi-lagi kau yang pernah membuat onar pada aku.” “Aku dah berubah, Iris. Aku menyesal. Kalau masa ni boleh aku putarkan balik, aku mahu kembali. Aku mahu ubah semuanya.” Iris menarik nafas dalam. Furqan diambil dari dalam troli bayi bila dia menangis. Lapar. Botol susu dibuka dan disuapkan ke dalam mulut Furqan. “Tapi hakikatnya tak boleh. Dan aku tak akan terima sesiapa lagi dalam hidup aku. Aku boleh hidup tanpa lelaki.” “Iris, jangan keras sangat hati tu. Demi anak kita, Iris. Kau tak kasihan ke kalau dia besar nanti kawan-kawan dia semua ada bapa tapi dia tidak.” Iris senyum sinis. “Sekarang baru kau fikir semua tu? Dah terlambat. Nama dia tidak berbinkan kau.” “Tapi dia tetap anak aku. Darah dia dalam tubuh itu ada darah aku.” “Aku berharap anak ini tidak sekejam bapanya. Sanggup buat apa sahaja demi nafsu.” “Iris, tolonglah. Aku nak tebus balik. Bagi satu lagi peluang untuk aku.” “Tak semua orang boleh diberi peluang kedua. Takut mereka mensia-siakan dan membuatkan aku sakit lagi. Cukuplah seksa hidup aku.” “Aku janji demi Allah, aku akan jaga kau dengan baik Iris. Kalau aku langgar janji ini aku rela Allah laknat aku.” Iris memandang Yusran. Dia terkejut dengan kenyataan daripada Yusran itu. Dia sanggup bermain nama Allah untuk menyakinkan Iris untuk menerima dia semula. Allah. Hati dia sudah ada pada Mirza. Tapi lelaki itu mensia-siakan kepercayaan aku. Yusran, lelaki yang paling dibenci. Maknya pasti menentang habis-habisan. Dia sudah berjanji pada diri yang dia tak akan menerima Yusran lagi walaupun apapun yang terjadi. “Aku janji, Iris. Izinkan aku untuk tebus balik dosa aku.” Dia merayu lagi. Iris perasan airmatanya hampir jatuh. Cuba meraih kemaafan daripadanya. Iris menggeleng. Dia memandang ke hadapan. Hatinya berbolak-balik. ************** “Iris, maafkan saya. Awak dah salah faham ni.” Mirza berterus-terang. “Salah faham apa lagi? Dah jelas-jelas awak ada skandal di belakang saya. Awak tipu saya bila saya percayakan awak, Encik Mirza.” “Iris, perempuan tu bukannya sesiapa pun. Dia...” “Cukup. Bukti dah jelas. Saya tak akan percaya lelaki macam awak lagi. Tolong pergi dari hidup saya.” “Dengar penjelasan saya dulu, Iris.” “Saya tak nak. Saya harap awak bahagia. Jangan tipu perempuan lain lagi.” Iris menonong melangkah pergi. Panggilan daripada Mirza langsung tidak diendahkan. Dia cuba menahan tangis di hadapan Mirza dan berjaya. Tapi air matanya tetap degil mahu menyembah bumi. ****************** “Terima kasih sayang. Sudi terima abang kembali dalam hidup sayang.” Iris tersenyum. Dia memeluk erat pinggang suami yang baru dinikahinya semalam. Kebahagiaan akhirnya menjelma juga. Walaupun penuh dengan cabaran yang mendatang tetapi Iris bersyukur Allah telah menghantar kebahagiaan lain untuknya. “Terima kasih juga sudi buat sayang rasa bahagianya hidup.” “Lain kali jangan nak menuduh tanpa dengar penjelasan dulu tau. Bahaya. Rosak rumahtangga kalau macam tu.” Iris tergelak kecil. “Bukannya menuduh tetapi perempuan mana boleh tahan kalau perempuan lain yang jawab panggilan telefon orang yang tersayang. Lagi-lagi bila dengar abang tengah mandi.” Mirza tersenyum. Dia mencium kepala Iris lembut. Penuh dengan rasa kasih dan sayang. “Abang nak beri penjelasan, sayang tak nak.” “Kasihan Alia. Tak pasal dia kena tuduh ganggu hubungan orang. Kalau abang berterus-terang yang abang balik kampung nenek tak adanya sayang nak fikir bukan-bukan. Sayang bolehlah sedapkan hati mungkin sepupu abang ke apa. Ini tidak. Cakap outstation. Ingatkan atas urusan kerja. Kalau kerja ada perempuan lain dalam satu bilik, memang cari nahaslah.” “Nasib baik abang cepat. Kalau tidak, melepas sayang dapat kat Yusran.” “Sayang dah pun maafkan Yusran. Dia dah terima yang sayang memilih abang untuk jadi suami sayang. Dia nak berhijrah ke Mesir. Nak belajar agama kat sana.” “Alhamdulillah. Akhirnya, berjaya juga jadi isteri abang.” Mirza tersenyum nakal. Dia memusing badan Iris dan memandangnya. Muka mereka semakin rapat. Bibir mereka bertaut seketika. Iris tertunduk malu. “Malu ke?” “Bukan macam abang. Tak tahu malu.” Mirza tersengih. “Jom.” “Pergi mana?” “Bagi adik untuk Furqan.” Mirza tersengih. Dia pantas mendukung Iris dan mereka bersama – sama membina bahtera kebahagiaan rumahtangga mereka. Iris berharap yang kebahagiaan ini akan menjadi miliknya selama-lamanya. Iris tak sangka dalam Mirza adalah bos di tempat kerjanya. Dia tidak pernah tahu tapi dalam diam Mirza mengambil tahu tentang dirinya. Alhamdulillah. Bukti Allah itu Maha Adil. Dia tak akan biarkan hambanya terus dilanda kesusahan. Terima kasih Ya Allah.’
mukadimah Cerpen ini diilhamkan dari cerita sebenar. Cuma nama watak telah diubah supaya menjadi lebih dramatik. Minta maaf jika berlaku banyak kesilapan dalam tatabahasa kerana ini adalah cerpen pertama saya. AKU Hasil karya dausjordan “Pranggg!” bunyi gelas kaca pecah terjatuh dari meja. Tak semena-mena jeritan kuat menembusi atmosfera dapur. Jeritan yang paling aku takut, menggigil aku mengutip kepingan kaca yang berderai diatas meja. Apalah nasib aku nanti selepas ini, apabila aku mendongak ke atas, ternampak sesusuk tubuh yang paling aku takuti telah berada betul-betul dihadapan aku. Aku menjadi semakin panik tanganku ligat mengutip saki baki kepingan kaca yang berderai. “Kau ni kan memang menyusahkan aku tau, sekarang kau pecahkan barang-barang dalam rumah lepas ni apa pula kau nak rosakkan” tengking wanita itu. “Maaf ibu, Qilah tak sengaja. Tangan Qilah licin sebab baru habis cuci pinggan mangkuk jadi tangan masih lagi bersabun” jelas aku yang sememangnya semakin takut. Takut ibu tak dapat terima alasanku. “Alasan! Sudah aku tak mahu dengar apa-apa lagi keluar dari mulut kau! Sekarang kau kemas semua benda ini dan ingat malam ni kau jangan makan langsung! Ini sebagai denda! Faham!” “baik ibu” aku terus pergi mengambil penyapu dan penyodok untuk membersihkan kepingan kaca tadi. Tanganku sedikit berdarah kerana aku tidak berhati-hati ketika mengutip kepingan kaca. Ibu. Itulah insan yang melahirkan aku ke dunia ini. Aku sendiri bingung mengapa Ibu langsung tak pernah menunjukkan kasih sayangnya kepada aku. Mengapa? Adakah disebabkan nama aku berbintikan Abdullah? Ya, aku sedar yang aku ini anak tak sah taraf, anak luar nikah tapi aku adalah antara janin yang pernah menghuni rahim ibu. Aku mungkin tidak berpangkal Sharifah macam ibu dan adik-beradik perempuan yang lain tapi ibu aku tetap anak ibu yang pernah ibu kandungkan. Mungkin aku juga tidak pernah merasa air susu ibu kerana ibu amat membenci aku sejak aku dilahirkan lagi. Mengapa ibu selalu pilih kasih terhadap aku? Aku sedih ibu. Bagaimanapun aku tetap bersyukur kerana aku masih ada nenek yang masih menyayangi aku, Sharifah Aisyah Syed Husin. Tempat aku menumpang kasih yang hilang. ****************************************************************************** “tahniah, puan Sharifah Hasnida. Puan telah mengandung tiga bulan” Ibu terkedu. Adakah ibu tersalah dengar berita dari doktor wanita itu. ibu menjadi tak keruan. Ini rupanya jawapan setelah berminggu loya, muntah dan pening kepala. Tapi ibu tak senang dengan jawapan yang diberikan. “doktor mesti salah diagnos ni” ibu seolah-seolah cuba mencabar kredibiliti doktor. “memang betul puan hasil pemeriksaan yang telah kami jalankan. Memang terbukti yang puan telah mengandung” jelas doktor tersebut. “tolonglah saya doktor saya tak mahu anak ini. Doktor boleh tolong sayakan? Boleh tak doktor tolong gugurkan kandungan ini. Saya sanggup bayar berapa sahaja. Saya sanggup” rayu ibu. “maaf puan, saya tak boleh lakukan perkara seperti ini. Ini telah melanggar etika saya sebagai doktor. Harap puan faham. Apapun masalah yang puan hadapi tolong selesaikan secara rasional. Jangan kita membuat satu dosa untuk menutup dosa yang lain. Lagipula, kandungan puan telah mencecah tiga bulan dan ini amat berbahaya dan berisiko” Ibu melangkah keluar dari klinik. Ibu telah mencuba pelbagai perkara untuk cuba gugurkan janin itu. tapi kuasa tuhan itu maha besar janin itu tetap selamat dalam kandungan. Ibu telah mengambil keputusan untuk terus membiarkan kandungan itu dilahirkan. Neneklah orang yang bertanggungjawab menjaga ibu sepanjang tempoh mengandung dan berpantang. Bagi nenek perkara telah berlaku, dia tidak mahu anaknya melakukan perkara yang bodoh kerana ibu adalah satu-satunya anak yang dia ada dan datuk telah meninggal dunia ketika ibu berumur 18 tahun. Nenek sedar tentang kesilapan dia dalam membesarkan ibu. Ibu terlalu diberi kebebasan yang melampau hingga satu peristiwa hitam telah berlaku dalam garisan masa hidupnya. Ibu telah dirogol bergilir-gilir oleh kawannya sendiri dalam perjalanan pulang dari sebuah kelab malam. Sejak hari itu, ibu menjadi murung dan kemurungan ibu bertambah apabila ibu disahkan mengandung. “Ida marilah susukan Qilah ni dia lapar” ujar nenek. “sudahlah mak! Ida tak mahu susukan susukan dia. Benci Ida tengok muka dia. Bila Ida tengok muka dia, ida pasti teringat muka-muka jahanam tu!” jerit ibu separuh gila. “sudahlah ida, lupakan perkara yang lepas. Anak ni tak berdosa, dia dianugerahkan oleh tuhan untuk kita dan menjadi tanggungjawab untuk menjaga mereka. Sudahlah Ida jangan diikutkan perasaan sangat. Satu lagi ibu nak beritahu lepas kamu berpantang nanti rombongan Megat Hashim nak datang meminang, harap kamu dapat buat keputusan yang betul. Hashim tu memang suka dengan kamu dari dulu lagi walaupun dia tahu yang kamu ini telah ternoda tapi dia masih ingin memperisterikan kamu. Kamu fikir tu” Ibu hanya terdiam memikir kata-kata nenek mungkin juga dalam fikiran ibu bermain seribu satu masalah. ****************************************************************************** “Qilah! Cepatlah bawak nasi tu ke mari. Kami semua dah lapar” tengking ibu dari meja makan. Aku terus membawa nasi dan melayan mereka tiga beranak. Aku persis orang gaji. Jika dulu aku ada pak cik Megat Hasyim yang ku panggil ayah yang sangat baik. Walaupun dia tahu yang aku ini adalah anak luar nikah, anak tanpa ayah tapi dia tetap menyayangi ku seperti anak-anak yang lain. Dia seperti nenek memang berhati mulia. Dia selalu melindungi aku kalau aku dimarahi oleh ibu atau adik beradik yang lain. Bagaimanapun, seperti kata orang-orang tua jangan disangka panas sampai ke petang, mungkin hujan di tengah hari. Ayah telah bercerai dengan ibuku kerana ayah telah difitnah apabila dikatakan dia mempunyai hubungan sulit denganku. Semua ini adalah hasil hasutan rakan-rakan ibuku yang tidak senang melihat keharmonian rumahtangga mereka. Mereka mengambil peluang untuk memporak peranda kan rumahtangga ibu dan Ayah. Ibu dan ayah telah bercerai atas kehendak ibuku sendiri, bertambah bencilah ibuku terhadap aku. Kini Ayah telah berkahwin lain, khabarnya telah dikurniakan dua orang cahaya mata. “kau masak apa ni? Qilah masam nya!” adik perempuan aku yang bernama, Sharifah Qalesya mula menunjukkan perangainya sambil tu tanganya menolak pinggannya ke tengah meja. Dia memang tidak suka aku kerana dia cemburu apabila aku selalu dimanjakan oleh Ayah. “Entah kau ni nak bagi kitorang sakitkah?” satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini, Megat Badrul pun mula bersuara. Seperti kakaknya , Badrul pun mempunyai pandangn yang sama terhadap aku. “kau ni kan memang sengaja nak menyusahkan aku, siang tadi kau pecahkan barang sekarang kau masak benda jadah macam ni. Kau ingat kami nak makan” ibu terus bangun dan memulas telingaku. Aku hanya menahan kesakitan. “ibu.. tolong ibu.. sakit” aku merayu untuk dilepaskan. “dah kau kemaskan semua ni. Aku dan anak-anak aku nak makan di luar. Kau pula jangan sesekali nak curi makan. Ingat amaran aku petang tdi!” Setelah aku mengemas semua barang. Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku menangis sepuasnya, aku menangisi segala kejadian yang menimpa aku. Aku berasakan bahawa diri aku telah ditimpa ujian yang cukup berat. Bagaimana aku terpaksa menagih kasih sayang dari seorang ibu. Aku dibenci oleh adik-adikku. Aku difitnah oleh orang sekeliling. Sungguh berat penderitaanku. Sungguh aku pelik, semakin maju manusia nilai kemanusiaan itu semakin terhakis. Keesokannya seperti biasa, aku menjalankan rutin aku. Membasuh baju. Mencuci pinggan mangkuk. Memasak. Ibu pulang awal tidak seperti biasa. Selalunya ibu pulang lewat petang. Ibu menghampiri aku. “Qilah esok kau tak perlu buat kerja macam biasa, aku nak kau pakai cantik-cantik. Esok ada orang nak jumpa kau” Aku terpinga-pinga. Tak pernah ibu berbicara seperti ini kepadaku. Aku menjadi hairan. Siapa pula yang ingin berjumpa dengan aku? “siapa pula yang nak jumpa Qilah?” “eh kau ni banyak soal pula. Bakal suami kau la! Adik kepada tuan punya syarikat aku. Adik dia berkenan dengan kau sebab ternampak kau tempoh hari. Kau jangan nak buat hal pulak. Setuju sahaja apa juga keputusan esok” “Qilah tak nak kahwin. Qilah nak belajar dulu. Qilah ada impian Qilah sendiri. Qilah nak sambung belajar macam orang lain. keputusan SPM qilah dah cukup layak untuk qilah sambung ke universiti” aku merayu kepada ibu sambil melutut kepadanya. Aku berharap ibu mengubah fikiran dengan tidak mengahwinkan aku dengan adik pemilik syarikatnya. Muka ibu berubah sedikit. Aku tahu ibu takkan terima apa jua alasan yang diberikan oleh aku. ibu terus menepis tanganku dari menyentuhnya. Tangannya dengan kasar merentap rambutku. Sakitnya tidak kepalang. “hei! Kau dengar sini, anak tak kenang budi. Penat-penat aku lahirkan kau. Ini balasan kau pada aku?! Kau nak belajar? Belajar apa? Siapa yang nak tanggung pengajian kau? Jangan haraplah aku nak tanggung. Lagi satu kau dengar sini, aku ni nak menyenangkan hidup kau. Sah-sahlah kau tak perlu belajar penat-penat nak jadi kaya. Kau kahwin terus dengan adik tuan punya syarikat aku tu. Kau senang aku pun boleh tumpang senang. Tak begitu Aqilah binti Abdullah! Sekarang aku nak pergi bersiap ada makan malam dekat luar. Kau tak payah masak malam ni” ibu terus menaiki tangga balik ke bilik. Ya, tuhanku. Apakah dosa aku sehinnga aku terpaksa menanggung berat ujian sedemikian rupa. Adakah aku cukup berdosa di sisimu, Ya, tuhanku? Aku tak pernah meminta lebih. Aku tak pernah meminta kemewahan, nama atau harta. Aku cuma ingin kasih sayang seorang ibu yang semakin kemarau terhadap ku. Hari ini adalah hari aku bergelar seorang isteri. Walaupun hatiku tidak rela tetapi atas desakan ibu aku turutkan jua. Bagaimanapun, aku telah mengambil keputusan untuk membawa diri. Aku dan suami telah berpindah jauh dari Malaysia. Aku tidak berhubung dengan sesiapa lagi di Malaysia kecuali Nenekku. Kata-kata terakhir ibuku masih ternging-ngiang apabila saat aku ingin keluar dari rumah dan memulakan hidup baru. “pergilah kau dari rumah ni! Ada dalam rumah ni pun menyusahkan aku, lepas ni kau jangan balik ke sini! Jenazah aku pun kau jangan tengok! Kau memang tak layak nak digelar keturunan Syed Husin, anak Syarifah Hasnida Syed Mansor! Dasar anak haram! Geli aku mengandungkan kau!”penghinaan itu dilemparkan oleh ibu dihadapan suamiku dan nenek. Nenek hanya menangis kerana tak mampu berbuat apa-apa kerana dia telah masak dengan perangai anak perempuan tunggalnya. Sudah 5 tahun, aku berada di perantauan bersama keluarga baru aku. Kami telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang comel lagi pintar. Mereka selalu bertanyakan sama ada aku mereka mempunyai nenek atau tidak. Selalunya aku mengubah topic dan suami aku faham dengan situasi aku. Aku dan dia bersama-sama menyimpan erat rahsia apa yang terjadi pada diriku. Walaupun aku kini hanya suri rumah sepenuh masa tetapi aku bahagia, kebahagiaan itu tidak kekal lama, apabila satu hari aku mendapat panggilan. “Assalamualaikum, Qilah ke yang bercakap?” “ya saya Qilah, ni nenek kan?” “betul tu. Qilah sihat tak berada di negeri orang?” “sihat. Kenapa nenek telefon ada sesuatu terjadi ke dekat rumah?” “nenek nak beritahu yang adik-beradik kamu meninggal akibat kemalangan malam semalam. Ibu kamu pula koma di hospital akibat strok. Sekarang berada di wad kecemasan. Nenek harap kamu dapat pulang. Qilah lupakanlah cerita lama, ibu kamu pun dah insaf dengan kesilapan dia. Untuk pengetahuan kamu, ibu kamu terkena tekanan strok setelah 2 tahun pemergian kamu ke luar negara. Nenek yang menjaga ibu kamu selama dia sakit. Mulut dia tak henti-henti menyebut nama kamu. Qalesya dan Badrul langsung tak hiraukan ibu kamu. Mereka tahu seronok sahaja. Sekarang mereka bertiga telah mendapat balasan atas apa yang mereka kerjakan. Harap kamu maafkan mereka dan pulang melihat melihat ibu kamu mungkin untuk kali yang terakhir” pujuk nenek Aku terkedu dengan perjelasan nnenek tadi. Ganggang telefon hampir terlepas dari dakapan telinga, tapi aku cuba kuatkan semangat. Aku tidak boleh mengalah dengan perasaan. “Innalillah…nenek. Bukan Qilah tak mahu balik nenek. Tapi memikirkan atas apa yang dia lakukan ke atas qilah, Qilah berasa trauma dengan apa yang tejadi. Lidah ni menggigil nak gelar dia ibu balik. Biar Qilah fikir masak-masak dulu” “baiklah. Kalau boleh jangan buat keputusan yang merugikan diri sendiri.” Perbualan telefon dimatikan. Aku berdiri dianjung sambil menikmati keindahan bukit bukau yang tersergam indah. Kadang-kadang aku terfikir mengapa aku tidak dijadikan burung . Aku boleh terbang sesuka hati tanpa risau akan masalah. Malam itu aku bersolat istigharah untuk meminta pentunjuk. Malam itu juga aku meletakkan diri aku serendah-rendahnya. Esakkan aku mengiringi doa yang dibacakan. Aku meminta segala perkara dipermudahkan dan jangan disempitkan lagi. Kaki aku kini telah menjejak kembali bumi bertuah Malaysia yang pernah menjadi saksi rentetan peristiwa yang tak dapat aku lupakan. Peristiwa yang pernah menyebabkan seluruh hidupku hanya dirundung malang sehingga aku pernah menyalahkan tuhan atas semua yang terjadi. Tapi kini aku telah berubah, kembalinya aku ke Malaysia bukan seperti aku 5 tahun dahulu. aku yang kini lebih bersemangat. Aku datang ke Malaysia untuk melihat wajah ibuku dan melawat kubur adik-adiku. Maaf kakak tak sempat memberikan penghormatan yang terakhir. Walau apapun kakak telah maafkan semua perbuatan adik dan ibu juga. Daripada lapangan terbang terus aku dan keluarga pergi ke Hospital Kuala Lumpur. Sebaik sahaja tiba di hospital terus aku pergi mendapatkan jururawat yang sedang bertugas dikaunter. “nurse tumpang tanya dimanakah bilik Puan Syarifah Hasnida? saya waris dia” aku bertanyakan kepada jururawat yang sedang bertugas. “bilik Puan Hasnida bernombor D43. Tapi saya sarankan tuan dan puan jangan mengganggu pesakit sangat kerana keadaan dia amat lemah” ujar jururawat tersebut. Aku, suami dan anak-anak terus bergegas ke blik yang dikatakan. Sebaik sahaja aku melangkah masuk. Aku melihat sekujur tubuh yang dulu sihat kini semakin kurus. Kulitnya semakin kusam. Uban kini mewarnai rambutnya. Air mataku terus berlinang. Tak dapat ku ungkapkan. Betapa uzurnya keadaan ibuku. Tidak jauh dari situ, nenek sedang duduk dan dia baru tersedar kehadiran kami satu keluarga. Nenek mendapatkan ku. “Qilah pergilah kepada ibu kamu. Masa dia telah hampir tiba. Dia sedang menunggu kamu” pujuk nenek. Aku masih tidak berganjak. Anak-anak aku pula tidak berhenti bertanya siapa orang yang sedang terbaring diatas katil tu. Orang yang seluruh badannya berselirat dengan wayar dan tiub. Suamiku meletakkan tangannya ke atas bahu seperti sedang memujuk. Aku memandang wajah nenek, anak-anak dan suamiku. Hanya mereka yang memberikan kekuatan. Aku menghampiri katil ibuku. Perlahan-lahan aku usap kepalanya. Aku ambil tangannya dan aku genggam erat tangan ibuku. Walaupun tangan itu telah banyak mengasari suatu ketika dulu tapi aku aku berasa suatu kelainan. Aku boleh melupakan segala kekejaman yang telah ibu lakukan kepada aku tatkala aku menyentuh tangannya. Diriku seperti dilahirkan semula kerana aku baru sahaja berasa sentuhan seorang ibu. Secara automatiknya airmata aku terus berlinangan. Aku bisik ke telingannya. “Ibu Qilah balik ni lawat Ibu. Ibu suka tak” namun tiada respon yang aku dapat. Hanya mesin ECG sahaja yang terus berbunyi. Aku terus menangis, menangis seperti budak kecil. Aku mengajar ibuku mengucap dua kalimah syahadah, aku bisikkan kalimah suci di telingannya dengan harapan dia dia dengar apa yang cuba aku sampaikan. “Ergggghhhhhh….” Ibuku mendegus kesakitan dan badannya bengkok ke atas seperti sedang direntap. Aku menjadi panik, terus aku menyuruh suamiku memanggil doktor dan jururawat datang dengan segera. Nenek pula sedang menenangkan ibu yang kini sedang bertarung dihujung nyawa. “pergilah anakku.. mak redha pemergianmu.. pergilah dengan aman mak halalkan susu yang mak berikan kepada kamu” kata nenek sambil mengusap-ngusap kepala ibu. “ibu pergilah dengan aman. Qilah maafkan segala kesalahan ibu terhadap qilah. Maafkan qilah sebab pergi menghilangkan diri sekian lama dan Qilah nak minta ibu halalkan segala makan minum Qilah yang ibu tanggung selama ini. Qilah tak nak jadi anak derhaka. Walaupun sejahat mana pun ibu terhadap Qilah, sayang Qilah terhadap ibu tetap takkan pudar” ujar aku pula. Kata-kataku tersekat-sekat kerana sedang Tidak lama kemudian doktor dan jururawat pun datang. Mereka menjalankan tugas mereka. Namun, kuasa tuhan tiada siapa dapat menidakkannya. Ibu pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Rupanya Ibu sedang menungguku sebelum dia dijemput pulang. Aku lihat wajah nenek redha akan pemergian anaknya. Namun sudah semestinya hatinya sedih kerana kehilangan satu-satunya anaknya. Dua tahun telah berlalu. Nenek telah kembali ke Rahmatullah setahun selepas pemergian ibu kerana tergelincir di dalam bilik air dan tengkorak kepalanya terhentak dengan kuat diatas simen. Aku bersyukur kepada Tuhan walaupun dia telah mengambil orang-orang yang aku sayang, Dia tetap tidak melupakan aku kerana telah menganugerahkan keluarga yang aku impikan selama ini. Suami dan anak-anak. Aku berharap aku dapat melihat anak-anakk membesar di depan mata dan suami. Aku akan cuba menjadi seorang ibu dan isteri yang solehah dan contoh terbaik kepada anak-anak. Mungkin inilah hadiah selepas pelbagai rintangan yang aku hadapi selama ini. Inilah hadiah yang aku inginkan, kebahagiaan. -TAMAT-
Kompasiana adalah platform blog. Konten ini menjadi tanggung jawab bloger dan tidak mewakili pandangan redaksi Kompas. ; HassanahSeorang bijak pernah bertutur kepadaku, "Kau akan temukan arti kehidupan lewat seorang temanmu. Bila suatu hari nanti kau merasa bosan dengan hidup yang fana ini, temuilah temanmu dan mengobrollah. Kau akan temukan bahwa hidup itu tak selamanya tak adil." Dia berkata dengan pandangan menerawang ke angkasa. Di atas kursi goyang dengan kacamata yang menggantung di dada. Aku mengangguk setiap mendengar kata-katanya. Setiap kali mengunjungi rumah para orang jompo, aku selalu diajak mengobrol olehnya. Ah, lebih tepatnya mendengarkan cerita-cerita masa lalunya. Alurnya tidak pasti. Kadang maju, kadang mundur, dan kadang hanya cerita di dalam pikirannya. Bulan depan saat aku kembali ke sini, dia pasti akan mengulanginya. Entah kapan dia akan bosan. Dia seorang lelaki tua berusia 75 tahun. Selalu menggunakan kemeja putih berpadu celana kain di atas lutut setiap kali aku berkunjung. Dan satu lagi, dia juga membawa cerutu kosong serta buku lusuh yang sampulnya sudah menguning. Kata perawat di sini, itu adalah buku harian miliknya."Anak muda, siapa namamu?"Aku tersenyum kala mendengar pertanyaannya. Dia menatapku sekilas, lalu menghisap cerutu kosongnya dan memandangi langit cerah hari ini."Aku Ruri. Seorang sukarelawan dari kota yang kata orang sangat kejam. Melebihi kejamnya ibu tiri." Aku menjawabnya segera. "Aku Dasrijal. Seorang ayah beranak lima yang kerja di pabrik kertas. Istriku sudah kabur. Dia memacari juragan tembakau di desa sebelah, kenalan dari temanku." Wajah lelaki tua ini tampak murung sejenak. Ya, tidak lama. Karena setelahnya dia menoleh kepadaku dan bertanya, "Siapa namamu?"Aku kembali tersenyum, mendekat kepadanya, lalu memasangkan kacamata yang beberapa menit lalu dilepasnya. Setelah dia menatapku, aku pun menjawab, "Aku Ruri. Putri seorang profesor di ibu kota.""Apa kau sering datang kemari?" 1 2 3 4 5 6 7 8 Lihat Cerpen Selengkapnya
cerpen kau tak layak mengandung anak aku